Hi, saya Noah
Hujung tahun 2025, syarikat saya bekerja ditutup. Jadi, saya nak mulakan perjalanan baru sebagai pendiri bisnes dan penulis novel.
Nak tengok perjalanan baru ini atau mungkin bekerjasama?
Ikuti perjalanan saya.
Saya sendiri tak tahu apa akan jadi. Tapi saya akan kongsi kejayaan dan kegagalan di sini. Mungkin ia boleh jadi bentuk pengajaran yang berguna buat kita bersama. Saya akan jalankan semua ini fasa demi fasa. Fasa pertama? Kumpul modal dan selesaikan komitmen.
Servis yang ditawarkan.
Servis Penulisan
Perlukan penulis ‘manusia’? Memang AI boleh bantu mudahkan urusan, tapi penulisan AI sangat kaku, dan tiada ‘jiwa’. Memang seronok boleh buat ratusan artikel, copywriting, post, threads, tapi rugi bila orang tak rasa nak baca.
Servis Website
Nak hasilkan website berkualiti? Saya boleh bantu anda. Nak website personal atau bisnes, mana-mana pun boleh. Ada beberapa pakej yang ditawarkan mengikut bajet anda.
Platform untuk baca novel.
Untuk novel Bahasa Melayu, saya sedang bangunkan platform Novel Melayu. Baru masukkan beberapa bab dari beberapa siri. Tapi kalau nak baca, tiada masalah.
Asah kemahiran.
Asah dan tambah kemahiran anda dalam bidang penulisan, pemasaran dan perniagaan dengan artikel-artikel menarik.
Penulisan
Jom sama-sama kita mengasah penulisan untuk disesuaikan dengan kegunaan sama ada untuk penulisan formal, kreatif dan lain-lain.
Pemasaran
Ada berapa banyak jenis pemasaran yang sesuai untuk bisnes anda? Dan berapa banyak pula yang anda telah manfaatkan? Jom baca di sini.
Perniagaan
Apa yang anda perlu buat sebelum memulakan perniagaan? Apa pula yang perlu dibuat selepas memulakannya? Jom baca semuanya di sini.
Siapa Noah?
Sejak zaman belajar, sekitar tahun 2012, saya dah berjinak-jinak dengan dunia penulisan dan juga reka bentuk laman web. Saya pernah aktif membina dan melelong website kepada Mat dan Minah Saleh di sebuah platform global.
Seronok masa tu. Income USD masa tengah belajar. 😆
Saya pernah menjadi affiliate dan dropship untuk macam-macam jenis produk. Zaman tu memang zaman FB Ads tengah rancak, e-commerce baru bermula. Cuma zaman tu ramai yang buat bisnes secara hit & run.
Jadi saya pun kena lompat-lompat produk.
Saya pernah keluarkan produk digital sendiri.
Tahun 2015, saya keluarkan ebook strategi buat duit dengan menulis. Berjaya dapat jualan 6 angka. Tapi tu la. Separuh dari tu bayar komisen affiliate. 😆
Tahun 2019 pun sama. Tapi kali ni video tutorial. Cara nak buat website dan lelong website. 6 angka juga dan separuh ke affiliate lagi.
Sempat berniaga bundle dan ladies preloved selama 3 tahun sebelum PKP.
Sempat bekerja di bawah orang selama dua tahun.
Siang hari bekerja, malam pula saya menulis novel Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Belum ada apa-apa pencapaian yang membanggakan sebab saya belum betul-betul all out.
Mungkin tahun ini peluang untuk saya lebih serius dan lihat sejauh mana ia mampu membawa saya. Siapa tahu kan?
Tahun baru, cabaran baru dan peluang baru.
Kali ini, saya tiada sasaran terlampau besar.
Saya ingin fokus pada kelangsungan hidup, hidup tenang dan bahagia, serta mempunyai pendapatan yang cukup untuk keluarga dan untuk saya buat apa yang saya impikan.
Saya juga berharap apa yang saya kongsikan di sini mampu untuk memberi manfaat kepada anda.
Salam kenal,
Noah