#02. Apa Yang Sempat Buat

Setakat Sekarang?

Masih lagi 1 Januari 2026. Sekarang pukul 1.21 pagi.

Saya cuma nak catat apa yang saya berjaya siapkan buat masa sekarang untuk website dan progress novel.

Website masih banyak benda nak diselesaikan.

Tapi laman utama dah siap. Laman Diari Jatuh Bangun pun dah siap. Tinggal nak masukkan link.

Target saya siang nanti, saya nak siapkan bahagian servis. Sebab saya nak promote sesegera mungkin. Bahagian servis ni saya nak buat dalam bentuk sales page.

Nanti prospek boleh baca, fahamkan dulu semua, kemudian baru berurusan di Whatsapp. Paling tidak, saya boleh tapis prospek yang sudi membayar caj saya atau tidak. Saya pun dah boleh educate prospek dan mudahkan urusan closing.

Saya ada buat checklist lengkap dah apa yang perlu disiapkan. Harapnya semua dapat disiapkan segera.

Untuk novel, sebelum saya cuba dapatkan kontrak di WebNovel, saya nak cuba tengok sambutan di Scribble Hub. 

Kebetulan masa masih bekerja dulu, lepas anak-anak tidur, saya akan gunakan malam saya untuk menulis novel. Banyak juga novel Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang sempat ditulis. Bolehlah saya cuba nasib.

Untuk permulaan, saya nak post di Scribble Hub dalam sepuluh bab dulu secara biasa. Kemudian, bab sebelas nanti baru mula ‘pancing’ pembaca ke Patreon.

Setakat sekarang, baru ada tiga bab. Sasaran saya hari ini atau esok, dapat post sepuluh bab dan mula bawa pembaca ke Patreon.

Oh. Saya dah ada lebih 100 bab untuk dua novel ni. Cuma nak kena mantapkan dulu sebelum post. Nak kena baca dan semak sekali dua lagi.

Dan saya tak boleh terus letak banyak bab. Nanti lagi lambat untuk saya buat duit dan pembaca akan seronok baca yang percuma. 😆

Saya nak kena bawa pembaca ke Patreon kalau mereka nak baca bab-bab yang belum disiarkan. Mungkin dalam 20-30 bab lebih awal berbanding tunggu bab percuma.

Jangan pandang rendah akan kegilaan pembaca-pembaca siri web novel. 

Saya nak kongsi dengan anda pendapatan salah seorang penulis.

Betul. Dia paling tinggi. $88,570. Dalam USD. Kiralah dalam RM berapa. Pendapatan bulanan. Paling rendah saya nampak dia buat dalam $60,000.

Di Patreon, penulis boleh buat duit dengan subscription.

Buat masa ni, saya tetapkan harga subscription pada $5.90 sahaja. Tak berani nak buat macam orang lain, $10.

Apa yang penting, boleh dapat subscribers setiap hari. Tiga atau empat orang subscribers setiap hari secara konsisten.

Untungnya Patreon ni, anda boleh withdraw duit setiap hari secara terus ke akaun. Syaratnya kena ada minimum $10 untuk withdraw. 

Sebab tu saya sasarkan tiga atau empat subscribers harian.

Patreon dan Payoneer akan kenakan sedikit caj untuk withdraw. 

Itu sahaja rasanya update buat masa sekarang.

Sekian.