Sebenarnya, bila saya sebut menulis ni, memang orang akan tanya “Boleh ke buat duit dengan menulis?”
Tambah-tambah pula kalau orang tahu saya menulis dalam Bahasa Inggeris, lagi skeptikal masing-masing.
Muka Melayu tulen seperti saya, mana ada orang nak percaya lidah boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Apa lagi menulis. Hahaha.
Tapi, realitinya saya dah berjaya buat.
.

.
Screenshot yang saya kongsikan di atas adalah income untuk salah satu bulan pada 2025 untuk satu buku. Kalau tak silap saya, itu income untuk bulan Februari 2025.
Tak banyak, tapi saya cuba untuk kekal konsisten dan naikkan income saya setiap bulan.
Tujuan saya berkongsi adalah sebagai bukti bahawa seorang Melayu dari Malaysia yang bersekolah di sekolah kampung, mampu untuk buat duit dengan menulis buku dalam Bahasa Inggeris.
.
Bagaimana Webnovel Bayar Penulis
.
Ada dua cara utama penulis boleh menjana pendapatan di Webnovel iaitu menerusi:
- Kontrak Rasmi
- Gifts & Pertandingan
.
1. Melalui Kontrak Penulisan (Kontrak Rasmi)
.
Sebelum anda boleh memohon untuk mendapat kontrak, anda perlu pastikan buku anda mempunyai sekurang-kurangnya 12,000 patah perkataan.
Tapi, untuk memastikan anda selesa dan tidak terkejar-kejar, lebih baik anda siapkan dalam 50,000 patah perkataan atau sekitar 30 bab dengan setiap bab mempunyai 1,500 patah perkataan minimum.
Untuk mendapat kontrak, anda boleh memohon atau jika buku anda benar-benar mendapat sambutan yang luar biasa, pihak Webnovel sendiri akan menghubungi anda untuk menawarkan kontrak.
Ada dua jenis kontrak rasmi yang ditawarkan iaitu:
- Kontrak Eksklusif
- Kontrak Tidak Eksklusif
.
Bagi Kontrak Eksklusif, anda akan memberikan hak penuh buku anda kepada Webnovel. Sebagai tukaran, anda akan menerima pembayaran dalam bentuk royalti setiap bulan. Namun, pembayaran royalti ini hanya akan dilakukan jika buku anda menjana pendapatan pada bulan tersebut.
Cara untuk buku anda menjana pendapatan? Ada dua cara iaitu menerusi coins atau premium subscription.
Coins digunakan sebagai matawang untuk pembaca “membuka” atau “membeli” bab dari buku anda.
Sebaik sahaja anda menerima kontrak, anda boleh pilih untuk mengunci bab anda. Cadangan saya, kunci Bab 40 dan ke atas.
Kemudian, ada pula premium subscription. Anda boleh berikan akses untuk pembaca melihat tajuk bab-bab yang belum anda tunjukkan kepada umum. Namun, bab-bab ini anda sebenarnya dah muat naik ke dalam platform Webnovel.
Kemudian, untuk membaca pula bab-bab tersebut, mereka perlu “membeli” menggunakan coins.
Begitulah cara buat duit dengan menulis di Webnovel menerusi Kontrak Eksklusif.
Bagi Kontrak Tidak Eksklusif, anda masih boleh menerbitkan buku anda di platform lain. Tapi, awareness untuk buku anda akan berkurang dan pendapatan anda juga lebih kecil. Cumanya, anda masih memegang hak sepenuhnya terhadap buku anda.
.
2. Melalui Gift & Pertandingan
.
Di platform Webnovel, pembaca juga boleh berikan anda gifts.
.

.
Berapa nilai setiap gift dalam bentuk pendapatan untuk anda? Saya sendiri pun tak tahu.
Ada juga yang berikan Golden Ticket. Untungnya bila anda menerima “tiket emas” ini, bukan sahaja pendapatan anda akan bertambah, malah populariti buku anda juga akan bertambah.
Satu lagi cara untuk anda sebagai penulis di Webnovel menjana pendapatan besar adalah dengan menyertai pertandingan. Ada pertandingan bulanan dan juga tahunan.
Hadiah setiap pertandingan tidak terhad kepada wang ringgit semata-mata. Ada juga tambahan lain seperti paparan di laman utama platform dan juga paparan khas di akaun pembaca itu sendiri.
Contoh hadiah bagi pertandingan tahunan adalah seperti di bawah.
.

.
Tahun 2025, semua hadiah dinaikkan. Tahun sebelumnya, Gold Prize dapat USD 10,000, Silver Prize USD 4,000. Bronze Prize dah lupa.
WSA ni memang acara kemuncak tahunan bagi Webnovel untuk mana-mana buku yang bertanding pada tahun tersebut. Kalau tak salah, ia dilangsungkan di Guangzhou. Boleh la pergi jalan-jalan kalau menang. Hahaha
.
Berapa Ramai Yang Berjaya Buat Duit Dengan Menulis di Webnovel?
.
Saya memang akan jujur kali ni. Dalam seribu penulis, mungkin hanya seorang yang berjaya. Berjaya pun mungkin dapat income sekitar USD 100 – USD 400 sebulan.
Sekalipun Webnovel memang membantu penulis, kualiti penulisan dan kekuatan jalan cerita masih memainkan peranan utama.
Tapi, setidak-tidaknya bagi saya, ia boleh berikan penulis-penulis baru peluang untuk menjana pendapatan konsisten sama ada kecil atau besar buat sementara waktu sebelum berjaya terbitkan buku yang memang betul-betul boleh menjadi sumber pendapatan besar, segera dan berterusan.
Memang tak ramai penulis yang terus berjaya dari buku pertama. Ada yang selepas sepuluh atau dua puluh buku, baru mula menikmati hasil.
Ada yang mengambil masa tiga bulan sehingga setahun atau lebih baru berjaya.
Tapi, mereka kekal konsisten dan serius.
Kuncinya bukan semata-mata bakat. Tapi disiplin, konsistensi, dan gaya penulisan yang boleh buat orang tertarik.
.
Realiti vs Harapan
.
Ramai orang mula menulis dengan harapan nak cepat viral atau terus dapat duit.
Tapi realitinya, Webnovel lebih kepada perjalanan jangka panjang.
Harapan:
“Aku tulis tiga bab, terus trending dan dapat ribuan pembaca.”
Realiti:
Anda mungkin perlu tulis lima puluh bab pertama tanpa ramai pembaca.
Tapi dari situ, pembaca yang suka akan kekal, dan merekalah yang bantu anda naik.
Pendapatan dari Webnovel bukan jalan pintas. Ia lebih kepada rezeki hasil usaha berterusan. Kalau anda minat menulis dan sanggup kekal konsisten, hasilnya tetap akan datang.
.
Tip Ringkas untuk Cepat Buat Duit Dengan Menulis di Webnovel
.
- Update buku anda secara konsisten – Webnovel suka penulis yang aktif (minimum 3–5 bab seminggu).
- Dengar maklum balas pembaca – ubah pacing atau gaya bila perlu.
- Tulis genre yang ramai baca, tapi kekalkan identiti sendiri.
- Jaga ejaan dan gaya ayat – pembaca global lebih cepat tertarik pada penulisan yang kemas.
- Gunakan media sosial untuk promosikan buku.
.
Kesimpulan
.
Ya — anda boleh buat duit dengan menulis di Webnovel.
Tapi anda kena faham satu perkara. Duit datang bila pembaca suka dan percaya anda akan terus menulis cerita anda.
Jangan cepat putus asa. Jangan biarkan tanpa sebarang update terlalu lama.
Itu bukan benda yang jadi dalam sehari. Ia perlukan masa, kesabaran, dan niat yang betul.
Kalau anda terus menulis sebab anda suka, bukan sebab nak cepat kaya semata-mata, anda akan bertahan lebih lama, dan hasilnya akan datang dengan cara yang lebih stabil.