#01. Apa Yang Saya Ada Sekarang?

Hari ini, tepat jam 12.32 pagi, 1 Januari 2026.

Saya sendiri pun tak tahu apa yang saya nak buat sebenarnya. Hahaha. 😆

Semua akaun penulis saya di Royal Road kena banned.

Akaun untuk buat servis kena disabled.

Semua tu akaun untuk saya cari rezeki.

Tapi macam tu la bila jadi lelaki. Saya tak boleh nak kalah dengan ujian.

Saya masih ada seorang isteri dan dua orang anak yang saya perlu sara.

Jadi sekarang, saya nak fokus bisnes yang tak perlu saya keluarkan modal duit yang besar. Saya kena cari modal tu dengan apa yang saya ada sekarang.

Apa yang saya ada?

1. Kemahiran dan pengalaman menulis. Artikel blog, artikel SEO, ebook, buku, copywriting, salespage dan lain-lain.

2. Kemahiran reka bentuk laman web.

3. Satu novel digital (PDF & EPUB) dalam Bahasa Melayu. Ethan Cole: Sistem Infiniti.

4. Satu novel digital (PDF & EPUB) dalam Bahasa Inggeris. Ethan Cole and the Unlimited System.

Jadi, empat benda ni adalah alat dan produk saya sekarang untuk saya buat duit segera. Mujurlah saya ada grow satu akaun penulis di Threads secara santai-santai.

Setakat ni saya ada dalam 450 followers. Terjual baru 23 unit.

Conversion rate saya dalam 5%.

Saya perasan kesilapan saya adalah, kebanyakan followers adalah penulis juga dan kesilapan paling ketara adalah genre yang saya bawa.

Genre sistem fantasi dan sains fiksyen masih kurang sambutan di Malaysia. Tambahan pula saya adalah nama baru dan saya cuma jual dalam versi digital.

Jadi, apa yang saya boleh buat?

Saya tak mampu untuk penuhi permintaan untuk menghasilkan buku fizikal. Modal yang diperlukan adalah sangat besar. Jadi saya kena tukar genre. Saya dah ada draf untuk satu cerita dengan vibes K-drama. Inspirasi saya adalah Snow Queen.

Kenapa saya cakap mengenai novel dulu?

Sebab macam saya kata tadi, saya dah ada akaun penulis dengan 450 followers. Tak ramai, tapi at least it will be a great head start.

Dalam saya nak finalize draf novel K-drama, saya kena promote sungguh-sungguh apa yang ada. Bolehlah jadikan pendapatan harian.

Okey. Untuk servis. Saya baru siapkan perkara asas untuk akaun saya. Buat masa sekarang, saya nak fokus di Threads.

Sebabnya, reach dan engagement lebih baik berbanding platform lain buat masa ini.

Dalam masa yang sama, saya akan siapkan artikel SEO di website NoahMenulis.com. Sebab ia adalah strategi pemasaran jangka panjang. Mungkin sebulan dua lagi baru nampak hasil.

Saya nak fokus pada penulisan artikel biasa dan artikel SEO. Masing-masing pada harga RM30 dan RM100 per artikel 500 patah perkataan.

Untuk artikel biasa, saya akan cuba close dalam 5 artikel. Minimum.

Untuk artikel SEO, mungkin dalam 3 artikel minimum. Tapi kalau dapat satu pun tak apa. Janji ada.

Begitulah rancangannya buat masa sekarang.

Saya rasa yang terbaik buat masa sekarang adalah cuba untuk “buat sampai jadi.”

Tolong doakan saya, boleh?

Saya doakan segala kebaikan yang anda doakan buat saya, Allah balas semula seratus kali ganda.

Sekian.