Select Page

Hujung bulan lepas, bulan Julai 2025, aku dapat peluang untuk menjayakan satu projek iaitu buatkan Google SEO bagi sebuah jenama yang semakin popular iaitu Kopi MADAD.

Mungkin ramai yang dah kenal nama MADAD, sebuah pusat dakwah di utara tanah air yang dibangunkan oleh Ustaz Yaakub Yusra. Aku ada kongsikan poster Kopi MADAD berserta gambar ustaz.

Kopi Madad

Sejujurnya, untuk projek-projek Google SEO Malaysia macam ni, aku agak risau dan takut.

Sebabnya mudah.

Untuk jalankan kempen pemasaran bagi figura yang terkenal, aku risau kempen pemasaran aku tak mampu memberikan impak yang diharapkan sama ada dari segi brand awareness, traffic atau conversion.

Jadi, aku pun senaraikan semula semua yang aku perlu buat macam ini adalah kali pertama aku buat SEO.

Sambil-sambil aku menulis progress projek, aku akan kongsikan juga asas-asas yang mungkin bermanfaat bagi sesiapa sahaja yang membaca.

.

Apa Itu Google SEO?

.

Untuk yang tertanya-tanya, SEO adalah singkatan kepada istilah Bahasa Inggeris iaitu Search Engine Optimization.

Ia merupakan satu proses untuk menaikkan ranking website supaya bila ada orang search sesuatu di Google, website kita sendiri atau website klien akan muncul di:

  • Nombor 1
  • Top 3
  • Top 10

Untuk mudahkan semua faham, aku nak kena pastikan carian seperti “kopi Madad” apabila ditaip di Google, akan buatkan website KopiMadad.com muncul nombor 1.

Bukan duduk di page kedua, ketiga, keempat dan seterusnya yang memang tak akan ada orang nak belek pun.

Carian “kopi Madad” tadi pula kita panggil sebagai keyword.

Untuk projek kali ini, ada beberapa keywords yang aku sasarkan.

Tapi, Google SEO Kopi Madad ni bukan kerja yang aku boleh berikan result sekelip mata.

Kalau rezeki aku baik, dalam tempoh dua minggu akan ada keywords yang mula dapat ranking yang baik di Google.

Kalau rezeki aku sebaliknya, aku kena ubah strategi penulisan dan SEO.

Buat masa sekarang, ada beberapa langkah penting yang aku kena buat:

  1. Cari Keyword yang Tepat
  2. Tulis Artikel Mesra SEO
  3. Bina Backlink

Dan sekarang, aku nak kongsi sikit macam mana aku buat semua ni untuk Kopi Madad.

.

Langkah Pertama: Cari Keyword Berkaitan Kopi Madad

.

Aku memang dari dulu gunakan Ubersuggest untuk buat carian mengenai keywords.

Kalau kau borak dengan sifu-sifu, atau orang yang memang lama dalam SEO, ramai yang akan cadangkan untuk guna keyword research tool yang lain.

Tapi bagi aku semua ni atas diri masing-masing. Kau selesa yang mana, kau mampu bayar yang mana dan kau faham yang mana.

Jangan ikut orang sangat.

Aku tak akan buat langkah demi langkah dalam perkongsian kali ini macam mana nak guna Ubersuggest.

Cukup aku berikan contoh.

Contoh, aku taip “kopi moringa”. Moringa merupakan salah satu daripada bahan-bahan utama yang ada dalam kopi MADAD.

Jadi, Ubersuggest akan berikan aku cadangan keywords seperti berikut:

Dari senarai cadangan ini, aku akan pilih keywords yang ada kaitan dengan produk yang aku bawa.

Biasanya, aku akan cari keywords yang ada carian tinggi tapi mempunyai persaingan yang rendah.

Dari situ aku pilih keyword yang ada volume carian tinggi tapi persaingan rendah. Ini penting supaya artikel nanti senang naik ranking.

.

Langkah Kedua: Tulis Artikel Mesra SEO Untuk Kopi Madad

.

Lepas dapat senarai keywords, aku terus tulis artikel.

Tajuk kena menarik tapi kena ikut beberapa rules Google SEO. Jujur aku cakap, menulis tajuk yang menarik masih lagi menjadi kelemahan aku.

Jadi, aku tak boleh nak kongsi seni penulisan tajuk. Tapi, aku boleh kongsi bahagian teknikal penulisan tajuk.

Pastikan keyword ada di awal tajuk.

Contoh macam artikel kali ini,

Kopi Madad? Aku Kena Buat SEO, Geng!

Selesai tajuk, isi kandungan artikel pun kena menarik.

Ikut sukalah nak guna AI ke tak. Kalau guna, pastikan ada juga sentuhan manusia.

Paling penting, jangan percaya bulat-bulat artikel SEO yang kau suruh ChatGPT atau yang seumpama dengannya tulis.

Boleh jadi fakta salah, penulisan tak kemas, isi berterabur dan paling sedih, kau buat Google SEO untuk projek klien, tapi lepas pembaca selesai baca, dia tak dapat apa.

Pembaca tak faham, tak proceed untuk beli produk dan tak buat apa-apa tindakan.

Aku bagi ringkasan struktur artikel SEO.

  • Tajuk (H1)
  • Pengenalan
  • Tajuk isi pertama (H2)
  • Pendahuluan isi pertama
  • Huraian isi pertama
  • Penutup isi pertama
  • Ulang untuk berapa isi yang ada
  • Kesimpulan
  • CTA

Contoh keyword aku guna untuk projek ni:

.

Langkah Ketiga: Bina Backlink

.

Untuk langkah ketiga, bukan benda yang semua orang boleh buat.

SEO tak habis setakat menulis artikel.

Selesai artikel, aku kena pastikan ada backlinks.

Backlinks ni link dari website lain yang akan bawa pembaca ke artikel yang aku tulis. Lagi banyak backlinks yang berkualiti, lagi tinggi peluang untuk naik ranking.

Setakat ni, rancangan backlinks aku sama. Aku plan untuk share artikel ni di:

  • Media sosial (Facebook, Instagram)
  • Blog berkaitan kesihatan dan lifestyle
  • Forum komuniti

Aku tak boleh share secara terperinci url setiap satu yang aku sebutkan di atas.

.

Cabaran Paling Besar? Masa Makin Suntuk

.

Macam aku cakap tadi. Nak buat semua ni memang akan ambil masa.

Mula dari keyword research yang ambil masa berjam-jam.

Artikel pula bukan tulis satu dan yakin akan berikan result yang aku nak.

Backlinks pun kena buat satu-satu.

Nak bagi duduk nombor 1 di Google? Itu pun kalau ada rezeki, dalam dua minggu boleh nampak hasil.

Tapi, aku memang selalu cakap bagi 90 hari minimum.

Dan aku sekarang tengah kejar deadline. Kerja lain pun tengah menunggu.

Tapi aku suka cabaran ni. Sebab sama macam sebelum ni, masa buat, memang stress.

Bila siap?

.

Harapan Aku untuk Projek SEO Kopi Madad

.

Harapan aku cukup mudah.

Aku nak bila orang Google nanti, taip “kopi moringa” atau “Kopi Madad”, website milik Ustaz Yaakub Yusra keluar top 3.

Orang klik, baca, yakin dan terus beli.

Kalau jadi, aku senyum puas. Kalau tak jadi… aku gasak lagi sampai jadi.

SEO bukan kerja mudah, tapi bila strategi betul, hasil dia memang padu.

Dengan keyword research yang tepat, artikel mesra SEO, dan backlink berkualiti, projek Kopi Madad ni insyaAllah boleh pergi jauh.

Sekarang aku sambung kerja dulu. Doakan aku berjaya, geng!

.

P/S: Oh. Kalau anda nak tengok apa yang best dan nak dapatkan harga promosi, anda boleh klik button di bawah.

.